17 November 2009

BUSINESS CARD - ANEKA KATERING PUZIAH

business card

ARTIKEL DARI KPDN & HEP

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Harga daging lembu tempatan yang agak tinggi membuatkan para pengguna kini bukan sahaja beralih kepada daging lembu import tetapi turut mengurangkan kuantiti pembelian.

Tinjuan Bernama di Pasar Keramat hari ini mendapati walaupun daging tempatan dijual mengikut harga siling RM19 sekilogram manakala RM9 bagi daging import, tidak ramai pembeli yang singgah di gerai daging.

Peniaga daging tempatan dan import di Pasar Keramat, Shamsudin Mohamad, 35, berkata penjualan daging tempatan tahun ini merosot berbanding musim perayaan Aidilfitri yang lepas.

"Ramai pengguna berjimat... jika dulu beli daging import 10 kilo, sekarang mereka beli setakat lapan kilo saja," katanya kepada Bernama.

Shamsudin, yang telah berniaga sejak Pasar Keramat dibuka pada 1983, berkata orang ramai lebih suka membeli daging import kerana jauh lebih murah dan hanya orang berkemampuan sahaja yang membeli daging tempatan.

Mengenai bekalan, Shamsudin berkata bekalan daging sentiasa ada, tetapi orang yang hendak membelinya yang kurang.

Seorang lagi peniaga, Mohd Jefri Din, 38, berkata beliau turut menghadapi kemerosotan jualan daging lembu terutama daging tempatan.

"Mungkin ibu bapa beli pakaian serta kelengkapan menjelang Hari Raya dan belanja untuk balik kampung menyebabkan pasar tidak dikunjungi ramai.

Seorang lagi peniaga daging, Roslan Beddu, 35 berkata kebanyakkan peniaga kedai makan membeli daging import dengan jumlah yang banyak antara 20 dan 30 kilogram berbanding orang biasa membeli daging tempatan dalam kadar yang sedikit untuk kegunaan sendiri.

Pengusaha Aneka Catering Fauziah Nasi Campur, Fauziah Suraji, 43 berkata beliau selalunya membeli sehingga 20 kilogram daging import untuk dibuat sup, kari dan kurma dari pasar-pasar sekitar ibu kota seperti pasar Keramat dan pasar Selayang.

Suaminya, Hashim Harun, 47, berkata mereka membeli daging import kerana harganya yang agak berpatutan berbanding harga daging tempatan.

-- BERNAMA 

KERATAN ARTIKEL

16 November 2009

Majlis Persandingan pd 04 Okt 09



Menu juadah dan sekitar majlis persandingan Siti Hajar Ain pada hari Ahad bertempat di Sek Ren Datuk Keramat bertema rona biru dan putih.Pelbagai menu disediakan memandangkan bulan syawal belum tamat lagi....

Majlis Malam Berinai 03 Okt 09


Aneka lauk pauk untuk majlis malam berinai Siti Hajar Ain Hashim bertempat di Ukay Bistari.

Tema Ungu Putih menjadi pilihan pengantin untuk majlis tersebut. Menu istimewa adalah sup tulang yang enak dan menu sampingan lain.

Majlis Nikah pada 02 Okt 09

 
Santapan selepas majlis pernikahan Siti Hajar Ain Hashim. Pelbagai Juadah disediakan untuk sebilangan tetamu yang hadir pada majlis tersebut.Terima Kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir.



Jam : 5.00 ptg

Tarikh : 02 Oktober 2009 / Jumaat

Tempat : Dewan, Masjid Al-Akram, Datuk Keramat

FRUIT CARVING


Hiasan "fruit carving" untuk menyerikan meja pengantin

Penafian

Pihak Aneka Katering tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan kerana menggunakan blog ini.